BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 1, 2010
















PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN

(KAF2023)

KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN

NAMA AHLI:

1. NOOR IZIEYANA BT IBRAHIM

2. NORMALA BT MUSA

3. NORAZZUWA BT YUT

4. NURBAYTIE BT KAMISAN

5. NORMARLEZA BT JINS SAMSUDIN

6. SULIANA BT MOHD SEPAWI

7. NUR ASYIKIN BT ABD MAJID

Tuesday, March 30, 2010

KONSEP PERGERAKAN ASAS

Pergerakan asas merupakan proses bagi memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti.

Pergerakan mempengaruhi semua bahagian fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Menurut Baley dan Field ‘Pergerakan merupakan satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya atau fizikal yang rancak. Menurut Freeman pula pergerakan adalah melalui media fizikal yang berkait dengan pergerakan motor kasar. Pergerakan kanak-kanak ini adalah selalunya melalui aktiviti penjelajahan.

Konsep pergerakan asas sebenarnya menjelaskan tentang bagaimana kemahiran sesuatu pergerakan itu di lakukan. Dengan ini ia akan memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut. Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid-murid dengan peluang untuk mereka meneroka pergaulan dan membina pemahaman mereka tentang pelbagai jenis pergerakan badan.

Konsep pergerakan asas terbahagi kepada empat iaitu kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, beban dan juga perhubungan. Kesedaran tubuh badan bermaksud tubuh badan yang boleh melakukan pelbagai bentuk. Contohnya seperti aktiviti memusingkan badan atau menggerakkan tangan ke belakang. Aktiviti lain ialah seperti menyeimbangkan badan dari sudut yang pelbagai seperti berdiri menggunakan sebelah kaki. Kesedaran tubuh badan lain ialah memindahkan berat antara anggota badan seperti aktiviti berjalan. Bahagian badan yang terlibat dalam semua aktiviti ini ialah tangan, lengan, kepala, kaki, siku, lutut dan lain-lain. Kebiasaannya aktiviti ini di lakukan sebelum memulakan aktiviti sukan iaitu di panggil aktiviti memanaskan badan.

Konsep pergerakan yang kedua ialah konsep kesedaran ruang. Ruang adalah yang melibatkan lokasi, arah, aras, laluan dan ekstensi. Lokasi terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri bermaksud ruang yang terdapat di sekeliling kanak-kanak. Ruang am pula bermaksud ruang yang menggunakan semua ruang contohnya seperti dewan dan padang. Arah pula melibatkan aktiviti seperti atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang. Antara contoh aktiviti yang melibatkan arah ialah seperti ‘passing’ bola ke atas, bawah, kiri dan kanan. Aras pula aktiviti yang melibatkan kedudukan seperti rendah, sederhana dan tinggi. Laluan pula melibatkan kedudukan seperti lurus, melengkung dan juga zig-zag. Manakala yang terakhir ialah ekstensi iaitu melibatkan ruang seperti besar, kecil, jauh dan dekat.

Konsep pergerakan asas yan ketiga pula ialah beban. Beban bermaksud kelajuan sesuatu pergerakan berdasarkan kepada sesuatu kekuatan. Beban itu di ukur mengikut masa, daya dan juga aliran. Masa bermaksud cepat atau lambat sesuatu pergerakan itu di lakukan. Contohnya jika beban itu tinggi maka pergerakan juga akan menjadi lambat begitu juga sebaliknya. Daya pulak merujuk kepada kuat atau ringan sesuatu beban itu manakala aliran pula merujuk kepada beban itu terikat ataupun bebas.

Konsep pergerakan asas yang keempat pula ialah perhubungan. Dimana ia berkait antara hubungan dengan objek dan juga manusia. Antara hubungan dengan objek adalah seperti atas dan bawah, dekat dan jauh, keliling, sisi, bertemu dan berpisah. Hubungan dengan manusia pula seperti memimpin dan ikut, cermin dan padan, solo, berpasangan dan berkumpulan.

MUZIK DAN PERGERAKAN

PENGENALAN MUZIK

Muzik sememangnya sebati dalam jiwa manusia tidak mengira peringkat umur. Bayi berumur lima bulan yang masih dalam kandungan ibu yang belum dilahirkan sudah ditenteramkan oleh rentak irama degupan jantung ibu. Kebanyakkan bayi yang sudah boleh duduk atau berdiri akan memperlihatkan pelbagai gelagat dan gerakan apabila terdedah kepada muzik iklan. Maka, tidak hairanlah semua kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk memahami dan menikmati muzik. Mereka juga dilahirkan ke dalam alam yang kaya dengan bunyi-bunyian dan sejak awal lagi mereka telah berinteraksi dengan pelbagai bunyi. Dengan cara yang sama kanak-kanak belajar membezakan bunyi, dan seterusnya mengenal dan memahami muzik. Akhiranya mereka mengalami elemen-elemen muzik secara tidak langsung.
Kanak-kanak yang berada pada umur yang dapat mematuhi peraturan, mengikut arahan, kebiasaannya pada umur empat tahun. Kanak-kanak pada umur ini dapat mengajuk pic yang didengarnya dan mempunyai kawalan psikomotor untuk bermain kibod. Mereka juga perlu mengenal, membaca, dan menulis huruf abjad A hingga G kerana muzik hanya menggunakan huruf A hingga G sahaja. Maka, tidak hairanlah kanak-kanak pada zaman sekarang ini sudah pandai menyanyi walaupun usia masih kecil dan juga memasuki pertandingan nyayian untuk menyerlahkan lagi minat dan bakat mereka dalam muzik.
Dalam proses menentukan proses menentukan pendidikan muzik bermutu dapat diberikan kepada kanak-kanak prasekolah, pengetahuan dan penghayatan sesuatu ilmu perlu dititikberatkan. Penghayatan yang mendalam akan menentukan pelaksanaan atau penggunaan ilmu yang lebih berkesan. Walau bagaimanapun bahasa muzikal tidak mempunyai peraturan yang tetap sejak dahulu lagi. Bahkan ia mengalami banyak perubahan dan berkembang dari semasa ke semasa.
\Definisi muzik
Muzik adalah bunyi-bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Untuk menghasilkan muzik yang berkualiti, penyusunan elemen muzik yang betul dan terperinci diperlukan. Elemen-elemen muzik ini merangkumi irama, melodi, harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi. Matapelajaran yang dianggap penting di sekolah seperti bahasa, sains dan matematik yang melibatkan kemahiran bahasa, logik, analisis, sintesis, menbanding beza dikawal oleh hemisfera kiri otak kita. Apresiasi Seni dan Muzik pula dikawal oleh otak sebelah kanan. Mengikut kajian, penggunaan otak yang seimbang dan luas dapat meningkatkan daya pemikiran dan tahap kecerdasan seseorang. Haward Garner, seorang pakar psikologi mengkategorikan muzik sebagai salah satu daripada lapan kecerdasan dalam Teori Pembelajaran: Pelbagai Kecerdasan ( Multiple Intelligences).
Elemen yang pertama dalam muzik ialah irama. Irama ini diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik. Dalam irama ini, terdapat beberapa cabang lagi iaitu, detik, meter, corak irama, dan rentak. Selain itu juga, dalam irama juga terdapat nilai not dan tanda rehat yang berbeza. Kesemua not dan tanda rehat ini mempunyai pecahan nilai yang tersendiri.
Elemen yang kedua ialah melodi. Melodi ialah susunan bunyi ton ( pic) secara mendatar ( linear) dan berjontur. Bunyi ton adakalanya panjang, pendek, ataupun sama dan bunyi-bunyi ton menentukan irama melodi. Sesuatu melodi bertukar jika pic dan irama bertukar. Pic ialah sukatan bunyi atau nada muzik dan ia merujuk kepada ketinggian atau kerendahan sesuatu not itu dibunyikan. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic. Gabungan beberapa rangkaian pic akan membentuk sebuah melodi lagu.
Elemen yang ketiga ialah harmoni. Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dimainkan atau dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not tersebut akan membentuk kord yang digunakan untuk mengiringi melodi. Kord yang mengandungi tiga not dikenali sebagai triad. Not yang digunakan untuk membentuk triad ialah not pertama, ketiga dan kelima dari sesuatu skel.
Elemen yang keempat ialah warna ton ( kualiti bunyi). Warna ton ialah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh pelbagai sumber yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Contohnya ialah, alat, suara manusia, binatang, kenderaan, alam semulajadi dan sebagainya. Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri contohnya ialah, perkataan deskriptif, ton gelap, cerah, padat, garau, kasar, halus, dan lain-lain lagi. Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri dibuat daripada bahan-bahan tertentu, cara dibuat dan dibunyikan. Contohnya ialah, suara soprano, alto, tenor, dan bes. Keluarga alat seperti membranofon, aerofon, kordafon dan idiofon.
Elemen yang kelima ialah, tekstur( jalinan). Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis( satu) atau tebal( banyak). Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni. Dalam tekstur terdapat tiga komponen iaitu monofoni, homofoni dan polifoni. Monofoni ialah barisan melodi ( satu) secara mendatar dinyanyikan atau dimainkan tanpa iringan atau tanpa harmoni. Homofoni pula ialah melodi dengan iringan kord. Polifoni ialah dua atau lebih suara dialunkan bersama, beberapa melodi dinyanyikan serentak dan mempunyai harmoni.
Elemen yang keenam ialah bentuk. Bentuk ialah satu corak atau patern yang boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic atau ton. Gabungan siri pic-pic ini akan menghasilakan satu idea muzik. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih besar. Bahagian atau segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan. Semua karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri dan karya yang mempunyai struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB. Karya yang mempunyai struktur tiga bahagian dinamakan sebagai tenari atau bentuk ABA.
Elemen yang ketujuh ialah ekspresi. Ekspresi merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokala atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamik, tempo, istilah dan tanda isyarat. Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo, dinamik yang akan menghasilkan satu ekspresi idea muzik.

KEPENTINGAN MUZIK KEPADA PERGERAKAN

Muzik dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak secara umumnya emosi bermaksud perasaan. kanak-kanak mempunyai perasaan yang tinggi dan halus manakala sosial pula bermaksud pergaulan kanak-kanak dengan orang lain. Muzik dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak di mana mereka dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Mereka merasa dihargai apabila guru menyelitkan nama-nama mereka dalam nyanyian yang dinyanyikan. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di mana guru boleh mengadakan aktiviti dalam kumpulan yang melibatkan semua kanak-kanak, melalui aktiviti ini mereka akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. selain itu aktiviti ini juga membolehkan kanak-kanak meluahkan perasaan takut, gembira, sedih, cemas, dan sebagainya.

Di samping itu aktiviti ini juga dapat membina disiplin diri pada kanak-kanak misalnya ketika menunggu giliran untuk bermain alatan muzik dan akhir sekali aktiviti muzik ini akan dapat meningkatkan konsep kendiri pada kanak-kanak dengan berkongsi alatan muzik bersama rakan-rakan yang lain. selain itu lagu-lagu yang diperdengarkan juga dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak contohnya Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh. kanak-kanak yang aktif bermain muzik secara berkumpulan pula dapat memperkembangkan kemahiran berinteraksi secara sosial. keyakinan diri pula diperkembangkan apabila seseorang kanak-kanak berjaya menghafal sesebuah lagu.

Selain itu muzik juga dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, berdikari, memberi pendapat memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing .menurut teori perkembangan kognitif jean piaget proses pemikiran manusia berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga mencapai kematangan. Setiap individu akan mencuba menghadapi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.
Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum di tentukan. Apabila guru mengajar mengenai muzik dan memperdengarkan lagu kepada kanak-kanak maka kanak-kanak akan belajar mengenai konsep muzik seperti pic, rima dan rentak.
melalui pengajaran muzik kanak-kanak akan mahir dalam membezakan nada bunyi yang kuat dan lembut contoh aktiviti untuk memperkenalkan kepada pelajar apa itu bunyi kuat ialah guru memperdengarkan kerincing kepada kanak-kanak dan memukul kerincing dengan kuat dan menyatakan bahawa bunyi itu kuat, manakala aktiviti untuk memperkenalkan bunyi lembut pula ialah guru memukul kerincing secara lembut dan memperkenalkan bahawa bunyi itu lembut.

Selain itu , melalui pengajaran muzik kanak-kanak akan mahir dalam membezakan bunyi panjang dan pendek. Contoh aktiviti untuk memperkenalkan bunyi panjang kepada murid-murid ialah guru memukul kastenet dan memperkenalkan bahawa bunyi itu panjang. manakala aktiviti untuk memperkenalkan bahawa bunyi yang pendek ialah guru memukul kerincing dan memperkenalkan bahawa bunyi itu pendek.

Melalui pengajaran muzik juga kanak-kanak akan mahir dalam membezakan bunyi tinggi dan rendah. contoh aktiviti untuk memperkenalkan bunyi tinggi ialah guru menggetarkan loceng sebagai bunyi yang tinggi manakala memukul kastenat sebagai bunyi rendah. Selain itu pengajaran muzik juga dapat mengembangkan perbendaharaan kata kanak-kanak di mana apabila lagu di perdengarkan guru akan meminta kanak-kanak mengingati lirik lagu yang telah diperdengarkan dan kanak-kanak akan cuba menghafal lirik lagu itu maka secara tidak langsung kanak-kanak dapat mengetahui perkataan baru.

Selain itu muzik juga dapat membina daya kreativiti pada kanak-kanak. Daya kreativiti dibina apabila kanak-kanak digalakkan mencipta lagu sendiri. Muzik juga membantu perkembangan fizikal kanak-kanak perkembangan fizikal ialah perubahan fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota badan dan perawakan manusia. muzik memberi kesan kepada perkembangan fizikal kanak-kanak . muzik membantu kanak-kanak menghasilkan pergerakan guru boleh melakukan aktiviti menari secara bebas mengikut alunan muzik. Kanak-kanak akan berasa seronok. Melalui aktiviti menari ini akan menggalakkan perkembangan moto kasar kanak-kanak.

Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak mula didedahkan dengan muzik sejak kecil lagi iaitu semasa seorang ibu mendendangkan irama lagu ketika mendodoikan anak, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah serta aktiviti nyanyian yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Terdapat juga ibu hamil yang memperdengarkan bayi mereka dengan muzik sejak di awal kehamilan lagi. Semua ransangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan antara bunyi dan perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan juga dapat meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap dan keadaan ini memudahkan penerimaan sebarang bentuk informasi. Pada ketika ini, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi di sekeliling. Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran untuk berkomunikasi dengan bayi sebelum dilahirkan. Bayi mula belajar dan bertindak balas kepada rangsangan yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan perhubungan antara ibu dan bayi serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi.

Kebanyakan pakar kanak-kanak bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi. Kepelbagaian jenis muzik sangat berguna untuk masa depan bayi kerana muzik dapat memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Apabila bayi mula membesar, mereka mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik kerana semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik. Dalam usia enam tahun pertama, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh cara penyampaian visual muzik tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.

Semasa usia bertatih, kanak-kanak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti “tidak” dan “berhenti”, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif. Hal ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti “baik”, “bagus” atau “hebat”. Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan sekiranya perkataan yang diucapkan mempunyai ritma yang betul dan boleh difahami. Muzik juga memiliki keupayaan memulih kepada kanak-kanak. Hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University mendedahkan bahawa muzik dapat meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran ini berupaya memperoleh kelebihan jika mempelajari muzik walaupun seketika. Mereka berupaya memanfaatkan muzik dalam pelbagai cara dan dapat berinteraksi tentang perasaan mereka dengan orang lain. Mereka juga dapat membantu orang lain untuk memahami mereka melalui muzik yang dimainkan secara berpasukan.

Pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada. Kanak-kanak yang terdedah dengan persekitaran muzik akan memperuntukkan 25 peratus bahagian otaknya untuk menganalisis nada tinggi dan rendah not muzik berbanding mereka yang tidak pernah mengenali instrumen berkenaan. Pada bahagian otak kiri, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal yang dapat mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal serta memainkan peranan penting dalam pemprosesan bahasa. Muzik juga membantu mengajar kanak-kanak tentang erti tanggungjawab semasa bekerjasama dalam kumpulan. Sekiranya mereka memupuk sikap ini ketika memainkan bahagian-bahagian alat muzik dalam kumpulan, perkara yang sama juga akan dilakukan ketika mereka berada di luar dalam kelompok masyarakat. Kerjasama yang terjalin ini mampu melahirkan muzik yang indah dan menarik yang berupaya mengangkat martabat sesebuah karya.
Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar dianggap sebagai proses pembelajaran yang efektif daripada membaca. Semakin awal kanak-kanak didedahkan dengan muzik, saiz otak yang diperuntukkan untuk memproses semua informasi mengenai muzik akan menjadi semakin besar seterusnya mendorong mereka berfikir dengan lebih kritikal dan terperinci. Kanak-kanak yang memiliki pendedahan terhadap muzik mempunyai kelebihan dari segi berfikir kerana kedua-dua bahagian otak mereka berfungsi dengan baik akibat daripada pengaruh muzik yang didengar. Kanak-kanak juga dapat membesar dengan sempurna kerana konsep asas dalam muzik adalah menekankan kepada kesempurnaan, kerjasama, perpaduan dan memerlukan pengecaman yang tinggi.

Berdasarkan kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw, menjelaskan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil subjek muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas sekiranya dibandingkan dengan rakan mereka yang tidak mengambil subjek muzik. Muzik juga dapat memberikan peningkatan celik huruf kepada kanak-kanak. Muzik merupakan komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang terbaik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula merupakan alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contohnya, menyanyikan lagu huruf “ABCDE” hingga “Z”. Pendedahan muzik dan latihan muzikal berupaya untuk membantu kanak-kanak memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat kerana muzik dapat meningkatkan keupayaan mental.

Muzik turut dapat merangsang keyakinan dan harga diri kanak-kanak kerana muzik merupakan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Jenis muzik yang didedahkan kepada anak-anak wajar diberikan perhatian oleh ibu bapa kerana kanak-kanak lazimnya akan menerima apa sahaja yang mereka dengar. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar tidak menggunakan muzik yang boleh memberikan tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana cara ini boleh memberikan akibat yang negatif. Sebaik-baik muzik yang akan diperdengarkan adalah jenis muzik yang dapat menampilkan jati diri kanak-kanak tersebut kerana kuasa muzik juga mampu menjadikan mereka yang mendengarnya mempunyai keberanian untuk meluahkan segala yang terbuku dalam minda mereka.

Muzik adalah amat penting dalam perkembangan pergerakan kanak – kanak. Muzik memberikan rangsangan kepada kanak – kanak untuk mereka bergerak secara langsung mahupun tidak langsung. Kanak – kanak akan bertindak balas apabila mereka mendengar muzik. Kanak – kanak bertindak balas dengan bunyi – bunyian seawal ketika di dalam kandungan ibu lagi. Ada kajian yang menunjukkan kanak – kanak yang telah didedahkan dengan bunyian ketika dalam kandungan lagi menunjukkan perkembangan mental dan fizikal yang baik.
Terdapat pelbagai jenis muzik yang sesuai yang mana dapat membantu dalam perkembangan pergerakan kanak – kanak. Kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakitkan telinga bayi. Pada kebiasaannya pada peringkat dalam kandungan lagi, para ibu suka mendengarkan muzik instrumental yang lembut kepada bayi mereka dengan melekapkan ‘head phone’ pada perut mereka. Selain itu, para ibu yang beragama Islam akan mendengar kan bacaan ayat – ayat Al – Quran pada bayi mereka.
Selain daripada membantu perkembangan pergerakan kanak – kanak, muzik juga mampu memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Apabila mereka muzik atau satu – satu lagu, kanak – kanak mereka akan memberikan tidak balas. Apabila bayi mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik
Ibu juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Dalam usia enam tahun pertama, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut
Muzik turut memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak dimana ia mampu meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia. Ia juga mampu membantu mereka menghafal dan menajamkan fikiran. Muzik juga merangsang pendengaran dan penglihatan

PENDEKATAN UNTUK AKTIVITI PERGERAKAN

Menurut Pica (2004) ada tiga kaedah untuk mengajar iaitu secara langsung, penerokaan, dan eksplorasi.

PENDEKATAN SECARA LANGSUNG

Arahan secara langsung meliputi modelling, demonstrasi serta ‘imitating’. Kanak – kanak lebih mudah belajar dengan cara yang terperinci. Seperti contoh, permainan ‘Simon Says’ adalah satu permainan yang amat digemari oleh kanak – kanak. Permainan ini melibatkan arahan serta pergerakan yang dilakukan oleh kanak – kanak tersebut. Guru boleh memberikan pelbagai arahan seperti menyentuh kaki, mengangkat kedua belah tangan, menggapai langit, meletakkan tangan di pinggang, sentuh bahu anda, sentuh kepala dan sentuh lutut anda dalam permainan tersebut. Di sini kita akan lihat bagaimana kanak – kanak ini bergerak dalam menerima arahan daripada guru.
Walaubagaimanapun, pendekatan ini digunakan secara minima dalam awal kanak – kanak. Walaupun ia merupakan salah satu cara unutk membantu kanak – kanak dalam proses pembelajaran dan perkembangan mereka namun ia hanya berfokus kepadakemahiran berbanding proses. Pendekatan ini dilihat seperti menyekat kreativiti kanak – kanak kerana mereka melakukan perkara yang sama dalam masa yang sama secara beramai – ramai disamping mereka juga melakukan segala pergerakan berdasarkan apa yang disuruh oleh guru mereka.

PENEROKAAN

Penerokaan secara berpandu adalah merupakan pendekatan yang berpusatkan kanak – kanak di mana ia membuka ruang kepada kanak – kanak untuk menjadi kreatif di samping menggalakkan kanak – kanak ini bereksperimen dalam menyampaikan jawapan yang betul. Pendekatan ini adalah bersesuaian untuk kanak – kanak prasekolah serta kanak – kanak di tahap satu persekolahan. Sebagai contoh, guru boleh meminta untuk kanak – kanak melakukan peranan. Selain daripada membuat demonstrasi, guru bolehlah meminta kanak – kanak untuk menunjukkan bagaimana untuk berbaring dengan perut menyentuh lantai. Guru juga boleh meminta kanak – kanak untuk berguling ke hadapan dan sebaliknya. Adalah diingatkan bahawa apabila menggunakan kaedah ini, setiap respon yang dberikan oleh kanak – kanak adalah ‘betul’ dimana mereka mempunyai banyak masa untuk menemukan cara dalam mencapai impian mereka dan guru bolehlah terus menerus memberikan soalan dan memberikan cadangan kepada mereka.

EKSPLORASI PERGERAKAN

Keadah ini menggalakkn penerokaan untuk kanak – kanak dan kaedah ini seharusnya diguna pakai dalam pendidikan awal kanak – kanak. Apabila kanak – kanak diberi banyak kemungkinan secara pengakhiran terbuka untuk eksplorasi pergerakan, ia akan menghasilkan pelbagai jenis respon. Sebagai contoh, apabila guru meminta kanak – kanak untuk menggerakkan dua bahagian pada tubuh mereka pada satu masa, mungkin ada di antara mereka yang akan mengerakkan kedua belah tangan mereka dan mungkin juga ada yang akan mengerakkan kaki dan tangan mereka. Kaedah ini menggalakkan kanak – kanak untuk mencari cara mereka sendiri dalam menunjukkan respon apabila diutarakan arahan oleh guru mereka. Kanak – kanak hendaklah diberikan kebebasan untuk bereksperimen untuk menyelesaikan masalah tanpa gangguan atau tunjuk ajar daripada guru.

Kaedah ini membolehkan kanak – kanak untuk turut serta dan menunjukkan kejayaan di atas tahap perkembangan dan kebolehan mereka. Selain dapat meningkatkan tahap keyakinan diri mereka, ia juga dapat mendorong kanak – kanak untuk berdikari, bersabar, serta belajar untuk menerima idea dari yang lain – lain. Selain itu, adalah penting untuk kanak – kanak dimana kaedah ini menunjukkan mereka ke arah penemuan yang pelbagai dalam pergerakan manusia.

MUZIK KLASIK

Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak.
Contohnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur. Rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengah meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Muzik yang boleh menjadi pilihan ibu bapa untuk ialah diperdengarkan kepada kanak-kanak ialah muzik klasik dan pop rancak.
Muzik klasik merupakan muzik yang lahir dari budaya Eropah sekitar tahun 1750-1825. Muzik klasik ini ialah satu istilah yang memberi tiga makna yang berbeza iaitu muzik tradisi Eropah yang berkaitan dengan kebudayaan yang sangat tinggi nilainya dan berbeza dengan muzik popular moden atau muzik tradisi lama (termasuk muzik-muzik tradisi di negara bukan Eropah). Tradisi Eropah begitu juga yang hamper sama dengan sesetengah tradisi bukan Eropah. Satu bahagian terperinci dalam pembangunan tradisi muzik seni Eropah yang berakar umbi dari kurun ke-18. Istilah muzik klasikal tidak muncul sehingga awal abad ke-19. Ia diperkenalkan di dalam usaha untuk membawa era Bach hingga keBeethoven sebagai salah satu "seni" di dalam zaman kegemilangan seni ukiran arca, seni bina dan antikuiti klasik. Ini adalah kerana, kebiasaannya seni muzik tidak kekal hayatnya. Semenjak dari itu, istilah ini digunakan sebagai penggunaan genre muzik yang bermaksud bukan muzik popular atau muzik tradisi lama. Kepentingan muzik klasik kepada kanak-kanak ialah dapat memberi ketenangan kepada kanak-kanak kerana muzik klasik ini mempunyai nada yang menenangkan kepada pendengar. Selain itu, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh.

MUZIK POP/RANCAK

Muzik pop rancak pula merupakan sejenis genre yang penting dalam muzik popular yang dibezakan daripada muzik klasikal, muzik seni, dan daripada muzik rakyat. Istilah ini menunjukkan sifat-sifat stilistik yang khusus, tetapi genre ini juga merangkumi seniman-seniman yang menggunakan banyak gaya seperti rock, hip hop, ritma & blues (R&B) dan lagu rakyat Amerika. Oleh itu muzik pop rancak bolehlah dikatakan satu kategori yang fleksibal. Selain itu, istilah muzik pop rancak juga boleh digunakan untuk merujuk kepada rock lembut atau pop/rock.
Lagu pop atau rancak ini boleh meningkatkan semangat kanak-kanak dan menjadikan mereka gembira dan bertenaga apabila mereka menari mengikut irama muzik. Dalam usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual tersebut. Proses untuk mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa. Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti tidak dan berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif. Contoh lagu pop rancak kanak-kanak ialah lagu tiga kupang,twinkle-twinkle little star dan sebagainya.

MUZIK TRADISIONAL

Lagu rakyat ialaha lagu yang berada di dalam masyarakat sejaka awal lagi. Kadang kala lagu ini tidak diketahui sumber-sumbernya dan siapa penciptanya. Contoh lagu rakyat ialah, Anak Itik Tok Wee dan Anak Ayam.
Lagu tradisional dicipta untuk menggambarkan kebudayaan dan nilai-nilai bangsa dan negara. Lagu tradisional dapat memupuk semangat cintakan Negara dan membantu kanak-kanak mengetahui dan mengenali identiti. Lagu tradisional tersebut adalah berunsur jenaka dan mempunyai nilai-nilai nasihat.
Muzik rakyat yang juga dikenali sebagai muzik tradisional merupakan muzik yang dimainkan oleh rakyat untuk rakyat. Muzik rakyat atau tradisional ini berkonsepkan persekitaran dengan memasukkan elemen-elemen persekitaran secara spontan dan seiring dengan kehidupan rakyat yang menghasilkan muzik tersebut. Contoh muzik rakyat/tradisional ialah boria dan dikir barat. Muzik-muzik seperti ini boleh digunakan untuk mendodoikan anak.

Kepentingan muzik rakyat/tradisional
Lagu berasaskan muzik rakyat/tradisional banyak berdasarkan tema persekitaran. Lagu-lagu seperti menggunakan bunyi binatang akan member kanak-kanak ruang untuk mengenal binatang-binatang yang ada pada persekitaran mereka. Muzik rakyat/tradisional dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak kerana kanak-kanak gemarkan irama.
Muzik rakyat/tradisional juga membolehkan kanak-kanak melahirkan perasaan dan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Menerusi muzik rakyat/tradisional dan nyanyian, kanak-kanak dapat memperkukuhkan konsep-konsep kendiri yang positif.
Muzik rakyat/tradisional merupakan antara perkara pertama yang ditangkapi oleh deria kanak-kanak. Kanak-kanak cepat memberi respon kepada tepukan tangan, bunyi-bunyia dan suara di sekitar mereka. Muzik rakyat/tradisional membolehkan kanak-kanak mengingati, menyerap dan bertindak balas mengikut cara dan gaya kreatif yang tersendiri.
Selain itu, ianya boleh dikaitkan dengan pembinaan dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak boleh menggunakan keseluruhan anggota badan mereka dalam bentuk pengajaran bertema sambil menari dalam bulatan atau dalam barisan panjang. Di samping itu muzik rakyat/tradisional juga boleh digunakan untuk mendodoikan anak dan mempunyai nilai-nilai nasihat.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, muzik sememangnya memberikan impak yang besar terhadap pergerakan kanak – kanak. Tanpa kita sedari kanak – kanak akan memberikan tindak balas apabila mereka mendengar satu – satu alunan lagu terutama lagu yang berentak laju dan rancak. Kita sebagai bakal guru dan bakal ibu bapa seharusnya memberikan perhatian terhadap perkara ini. Selain itu kita juga hendaklah sentiasa memberi rangsangan dan galakan kepada kanak – kanak ini agar ia dapat menguatkan lagi serta meningkatkan kemahiran pergerakan terhadap kanak – kanak ini.