BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 30, 2010

MUZIK TRADISIONAL

Lagu rakyat ialaha lagu yang berada di dalam masyarakat sejaka awal lagi. Kadang kala lagu ini tidak diketahui sumber-sumbernya dan siapa penciptanya. Contoh lagu rakyat ialah, Anak Itik Tok Wee dan Anak Ayam.
Lagu tradisional dicipta untuk menggambarkan kebudayaan dan nilai-nilai bangsa dan negara. Lagu tradisional dapat memupuk semangat cintakan Negara dan membantu kanak-kanak mengetahui dan mengenali identiti. Lagu tradisional tersebut adalah berunsur jenaka dan mempunyai nilai-nilai nasihat.
Muzik rakyat yang juga dikenali sebagai muzik tradisional merupakan muzik yang dimainkan oleh rakyat untuk rakyat. Muzik rakyat atau tradisional ini berkonsepkan persekitaran dengan memasukkan elemen-elemen persekitaran secara spontan dan seiring dengan kehidupan rakyat yang menghasilkan muzik tersebut. Contoh muzik rakyat/tradisional ialah boria dan dikir barat. Muzik-muzik seperti ini boleh digunakan untuk mendodoikan anak.

Kepentingan muzik rakyat/tradisional
Lagu berasaskan muzik rakyat/tradisional banyak berdasarkan tema persekitaran. Lagu-lagu seperti menggunakan bunyi binatang akan member kanak-kanak ruang untuk mengenal binatang-binatang yang ada pada persekitaran mereka. Muzik rakyat/tradisional dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak kerana kanak-kanak gemarkan irama.
Muzik rakyat/tradisional juga membolehkan kanak-kanak melahirkan perasaan dan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Menerusi muzik rakyat/tradisional dan nyanyian, kanak-kanak dapat memperkukuhkan konsep-konsep kendiri yang positif.
Muzik rakyat/tradisional merupakan antara perkara pertama yang ditangkapi oleh deria kanak-kanak. Kanak-kanak cepat memberi respon kepada tepukan tangan, bunyi-bunyia dan suara di sekitar mereka. Muzik rakyat/tradisional membolehkan kanak-kanak mengingati, menyerap dan bertindak balas mengikut cara dan gaya kreatif yang tersendiri.
Selain itu, ianya boleh dikaitkan dengan pembinaan dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak boleh menggunakan keseluruhan anggota badan mereka dalam bentuk pengajaran bertema sambil menari dalam bulatan atau dalam barisan panjang. Di samping itu muzik rakyat/tradisional juga boleh digunakan untuk mendodoikan anak dan mempunyai nilai-nilai nasihat.

0 comments: