BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 30, 2010

PENGENALAN MUZIK

Muzik sememangnya sebati dalam jiwa manusia tidak mengira peringkat umur. Bayi berumur lima bulan yang masih dalam kandungan ibu yang belum dilahirkan sudah ditenteramkan oleh rentak irama degupan jantung ibu. Kebanyakkan bayi yang sudah boleh duduk atau berdiri akan memperlihatkan pelbagai gelagat dan gerakan apabila terdedah kepada muzik iklan. Maka, tidak hairanlah semua kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk memahami dan menikmati muzik. Mereka juga dilahirkan ke dalam alam yang kaya dengan bunyi-bunyian dan sejak awal lagi mereka telah berinteraksi dengan pelbagai bunyi. Dengan cara yang sama kanak-kanak belajar membezakan bunyi, dan seterusnya mengenal dan memahami muzik. Akhiranya mereka mengalami elemen-elemen muzik secara tidak langsung.
Kanak-kanak yang berada pada umur yang dapat mematuhi peraturan, mengikut arahan, kebiasaannya pada umur empat tahun. Kanak-kanak pada umur ini dapat mengajuk pic yang didengarnya dan mempunyai kawalan psikomotor untuk bermain kibod. Mereka juga perlu mengenal, membaca, dan menulis huruf abjad A hingga G kerana muzik hanya menggunakan huruf A hingga G sahaja. Maka, tidak hairanlah kanak-kanak pada zaman sekarang ini sudah pandai menyanyi walaupun usia masih kecil dan juga memasuki pertandingan nyayian untuk menyerlahkan lagi minat dan bakat mereka dalam muzik.
Dalam proses menentukan proses menentukan pendidikan muzik bermutu dapat diberikan kepada kanak-kanak prasekolah, pengetahuan dan penghayatan sesuatu ilmu perlu dititikberatkan. Penghayatan yang mendalam akan menentukan pelaksanaan atau penggunaan ilmu yang lebih berkesan. Walau bagaimanapun bahasa muzikal tidak mempunyai peraturan yang tetap sejak dahulu lagi. Bahkan ia mengalami banyak perubahan dan berkembang dari semasa ke semasa.
\Definisi muzik
Muzik adalah bunyi-bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Untuk menghasilkan muzik yang berkualiti, penyusunan elemen muzik yang betul dan terperinci diperlukan. Elemen-elemen muzik ini merangkumi irama, melodi, harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi. Matapelajaran yang dianggap penting di sekolah seperti bahasa, sains dan matematik yang melibatkan kemahiran bahasa, logik, analisis, sintesis, menbanding beza dikawal oleh hemisfera kiri otak kita. Apresiasi Seni dan Muzik pula dikawal oleh otak sebelah kanan. Mengikut kajian, penggunaan otak yang seimbang dan luas dapat meningkatkan daya pemikiran dan tahap kecerdasan seseorang. Haward Garner, seorang pakar psikologi mengkategorikan muzik sebagai salah satu daripada lapan kecerdasan dalam Teori Pembelajaran: Pelbagai Kecerdasan ( Multiple Intelligences).
Elemen yang pertama dalam muzik ialah irama. Irama ini diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik. Dalam irama ini, terdapat beberapa cabang lagi iaitu, detik, meter, corak irama, dan rentak. Selain itu juga, dalam irama juga terdapat nilai not dan tanda rehat yang berbeza. Kesemua not dan tanda rehat ini mempunyai pecahan nilai yang tersendiri.
Elemen yang kedua ialah melodi. Melodi ialah susunan bunyi ton ( pic) secara mendatar ( linear) dan berjontur. Bunyi ton adakalanya panjang, pendek, ataupun sama dan bunyi-bunyi ton menentukan irama melodi. Sesuatu melodi bertukar jika pic dan irama bertukar. Pic ialah sukatan bunyi atau nada muzik dan ia merujuk kepada ketinggian atau kerendahan sesuatu not itu dibunyikan. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic. Gabungan beberapa rangkaian pic akan membentuk sebuah melodi lagu.
Elemen yang ketiga ialah harmoni. Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dimainkan atau dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not tersebut akan membentuk kord yang digunakan untuk mengiringi melodi. Kord yang mengandungi tiga not dikenali sebagai triad. Not yang digunakan untuk membentuk triad ialah not pertama, ketiga dan kelima dari sesuatu skel.
Elemen yang keempat ialah warna ton ( kualiti bunyi). Warna ton ialah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh pelbagai sumber yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Contohnya ialah, alat, suara manusia, binatang, kenderaan, alam semulajadi dan sebagainya. Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri contohnya ialah, perkataan deskriptif, ton gelap, cerah, padat, garau, kasar, halus, dan lain-lain lagi. Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri dibuat daripada bahan-bahan tertentu, cara dibuat dan dibunyikan. Contohnya ialah, suara soprano, alto, tenor, dan bes. Keluarga alat seperti membranofon, aerofon, kordafon dan idiofon.
Elemen yang kelima ialah, tekstur( jalinan). Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis( satu) atau tebal( banyak). Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni. Dalam tekstur terdapat tiga komponen iaitu monofoni, homofoni dan polifoni. Monofoni ialah barisan melodi ( satu) secara mendatar dinyanyikan atau dimainkan tanpa iringan atau tanpa harmoni. Homofoni pula ialah melodi dengan iringan kord. Polifoni ialah dua atau lebih suara dialunkan bersama, beberapa melodi dinyanyikan serentak dan mempunyai harmoni.
Elemen yang keenam ialah bentuk. Bentuk ialah satu corak atau patern yang boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic atau ton. Gabungan siri pic-pic ini akan menghasilakan satu idea muzik. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih besar. Bahagian atau segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan. Semua karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri dan karya yang mempunyai struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB. Karya yang mempunyai struktur tiga bahagian dinamakan sebagai tenari atau bentuk ABA.
Elemen yang ketujuh ialah ekspresi. Ekspresi merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokala atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamik, tempo, istilah dan tanda isyarat. Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo, dinamik yang akan menghasilkan satu ekspresi idea muzik.

0 comments: