BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 30, 2010

KEPENTINGAN MUZIK KEPADA PERGERAKAN

Muzik dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak secara umumnya emosi bermaksud perasaan. kanak-kanak mempunyai perasaan yang tinggi dan halus manakala sosial pula bermaksud pergaulan kanak-kanak dengan orang lain. Muzik dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak di mana mereka dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Mereka merasa dihargai apabila guru menyelitkan nama-nama mereka dalam nyanyian yang dinyanyikan. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di mana guru boleh mengadakan aktiviti dalam kumpulan yang melibatkan semua kanak-kanak, melalui aktiviti ini mereka akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. selain itu aktiviti ini juga membolehkan kanak-kanak meluahkan perasaan takut, gembira, sedih, cemas, dan sebagainya.

Di samping itu aktiviti ini juga dapat membina disiplin diri pada kanak-kanak misalnya ketika menunggu giliran untuk bermain alatan muzik dan akhir sekali aktiviti muzik ini akan dapat meningkatkan konsep kendiri pada kanak-kanak dengan berkongsi alatan muzik bersama rakan-rakan yang lain. selain itu lagu-lagu yang diperdengarkan juga dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak contohnya Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh. kanak-kanak yang aktif bermain muzik secara berkumpulan pula dapat memperkembangkan kemahiran berinteraksi secara sosial. keyakinan diri pula diperkembangkan apabila seseorang kanak-kanak berjaya menghafal sesebuah lagu.

Selain itu muzik juga dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, berdikari, memberi pendapat memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing .menurut teori perkembangan kognitif jean piaget proses pemikiran manusia berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga mencapai kematangan. Setiap individu akan mencuba menghadapi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.
Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum di tentukan. Apabila guru mengajar mengenai muzik dan memperdengarkan lagu kepada kanak-kanak maka kanak-kanak akan belajar mengenai konsep muzik seperti pic, rima dan rentak.
melalui pengajaran muzik kanak-kanak akan mahir dalam membezakan nada bunyi yang kuat dan lembut contoh aktiviti untuk memperkenalkan kepada pelajar apa itu bunyi kuat ialah guru memperdengarkan kerincing kepada kanak-kanak dan memukul kerincing dengan kuat dan menyatakan bahawa bunyi itu kuat, manakala aktiviti untuk memperkenalkan bunyi lembut pula ialah guru memukul kerincing secara lembut dan memperkenalkan bahawa bunyi itu lembut.

Selain itu , melalui pengajaran muzik kanak-kanak akan mahir dalam membezakan bunyi panjang dan pendek. Contoh aktiviti untuk memperkenalkan bunyi panjang kepada murid-murid ialah guru memukul kastenet dan memperkenalkan bahawa bunyi itu panjang. manakala aktiviti untuk memperkenalkan bahawa bunyi yang pendek ialah guru memukul kerincing dan memperkenalkan bahawa bunyi itu pendek.

Melalui pengajaran muzik juga kanak-kanak akan mahir dalam membezakan bunyi tinggi dan rendah. contoh aktiviti untuk memperkenalkan bunyi tinggi ialah guru menggetarkan loceng sebagai bunyi yang tinggi manakala memukul kastenat sebagai bunyi rendah. Selain itu pengajaran muzik juga dapat mengembangkan perbendaharaan kata kanak-kanak di mana apabila lagu di perdengarkan guru akan meminta kanak-kanak mengingati lirik lagu yang telah diperdengarkan dan kanak-kanak akan cuba menghafal lirik lagu itu maka secara tidak langsung kanak-kanak dapat mengetahui perkataan baru.

Selain itu muzik juga dapat membina daya kreativiti pada kanak-kanak. Daya kreativiti dibina apabila kanak-kanak digalakkan mencipta lagu sendiri. Muzik juga membantu perkembangan fizikal kanak-kanak perkembangan fizikal ialah perubahan fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota badan dan perawakan manusia. muzik memberi kesan kepada perkembangan fizikal kanak-kanak . muzik membantu kanak-kanak menghasilkan pergerakan guru boleh melakukan aktiviti menari secara bebas mengikut alunan muzik. Kanak-kanak akan berasa seronok. Melalui aktiviti menari ini akan menggalakkan perkembangan moto kasar kanak-kanak.

Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak mula didedahkan dengan muzik sejak kecil lagi iaitu semasa seorang ibu mendendangkan irama lagu ketika mendodoikan anak, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah serta aktiviti nyanyian yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Terdapat juga ibu hamil yang memperdengarkan bayi mereka dengan muzik sejak di awal kehamilan lagi. Semua ransangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan antara bunyi dan perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan juga dapat meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap dan keadaan ini memudahkan penerimaan sebarang bentuk informasi. Pada ketika ini, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi di sekeliling. Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran untuk berkomunikasi dengan bayi sebelum dilahirkan. Bayi mula belajar dan bertindak balas kepada rangsangan yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan perhubungan antara ibu dan bayi serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi.

Kebanyakan pakar kanak-kanak bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi. Kepelbagaian jenis muzik sangat berguna untuk masa depan bayi kerana muzik dapat memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Apabila bayi mula membesar, mereka mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik kerana semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik. Dalam usia enam tahun pertama, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh cara penyampaian visual muzik tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.

Semasa usia bertatih, kanak-kanak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti “tidak” dan “berhenti”, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif. Hal ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti “baik”, “bagus” atau “hebat”. Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan sekiranya perkataan yang diucapkan mempunyai ritma yang betul dan boleh difahami. Muzik juga memiliki keupayaan memulih kepada kanak-kanak. Hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University mendedahkan bahawa muzik dapat meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran ini berupaya memperoleh kelebihan jika mempelajari muzik walaupun seketika. Mereka berupaya memanfaatkan muzik dalam pelbagai cara dan dapat berinteraksi tentang perasaan mereka dengan orang lain. Mereka juga dapat membantu orang lain untuk memahami mereka melalui muzik yang dimainkan secara berpasukan.

Pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada. Kanak-kanak yang terdedah dengan persekitaran muzik akan memperuntukkan 25 peratus bahagian otaknya untuk menganalisis nada tinggi dan rendah not muzik berbanding mereka yang tidak pernah mengenali instrumen berkenaan. Pada bahagian otak kiri, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal yang dapat mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal serta memainkan peranan penting dalam pemprosesan bahasa. Muzik juga membantu mengajar kanak-kanak tentang erti tanggungjawab semasa bekerjasama dalam kumpulan. Sekiranya mereka memupuk sikap ini ketika memainkan bahagian-bahagian alat muzik dalam kumpulan, perkara yang sama juga akan dilakukan ketika mereka berada di luar dalam kelompok masyarakat. Kerjasama yang terjalin ini mampu melahirkan muzik yang indah dan menarik yang berupaya mengangkat martabat sesebuah karya.
Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar dianggap sebagai proses pembelajaran yang efektif daripada membaca. Semakin awal kanak-kanak didedahkan dengan muzik, saiz otak yang diperuntukkan untuk memproses semua informasi mengenai muzik akan menjadi semakin besar seterusnya mendorong mereka berfikir dengan lebih kritikal dan terperinci. Kanak-kanak yang memiliki pendedahan terhadap muzik mempunyai kelebihan dari segi berfikir kerana kedua-dua bahagian otak mereka berfungsi dengan baik akibat daripada pengaruh muzik yang didengar. Kanak-kanak juga dapat membesar dengan sempurna kerana konsep asas dalam muzik adalah menekankan kepada kesempurnaan, kerjasama, perpaduan dan memerlukan pengecaman yang tinggi.

Berdasarkan kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw, menjelaskan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil subjek muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas sekiranya dibandingkan dengan rakan mereka yang tidak mengambil subjek muzik. Muzik juga dapat memberikan peningkatan celik huruf kepada kanak-kanak. Muzik merupakan komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang terbaik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula merupakan alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contohnya, menyanyikan lagu huruf “ABCDE” hingga “Z”. Pendedahan muzik dan latihan muzikal berupaya untuk membantu kanak-kanak memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat kerana muzik dapat meningkatkan keupayaan mental.

Muzik turut dapat merangsang keyakinan dan harga diri kanak-kanak kerana muzik merupakan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Jenis muzik yang didedahkan kepada anak-anak wajar diberikan perhatian oleh ibu bapa kerana kanak-kanak lazimnya akan menerima apa sahaja yang mereka dengar. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar tidak menggunakan muzik yang boleh memberikan tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana cara ini boleh memberikan akibat yang negatif. Sebaik-baik muzik yang akan diperdengarkan adalah jenis muzik yang dapat menampilkan jati diri kanak-kanak tersebut kerana kuasa muzik juga mampu menjadikan mereka yang mendengarnya mempunyai keberanian untuk meluahkan segala yang terbuku dalam minda mereka.

Muzik adalah amat penting dalam perkembangan pergerakan kanak – kanak. Muzik memberikan rangsangan kepada kanak – kanak untuk mereka bergerak secara langsung mahupun tidak langsung. Kanak – kanak akan bertindak balas apabila mereka mendengar muzik. Kanak – kanak bertindak balas dengan bunyi – bunyian seawal ketika di dalam kandungan ibu lagi. Ada kajian yang menunjukkan kanak – kanak yang telah didedahkan dengan bunyian ketika dalam kandungan lagi menunjukkan perkembangan mental dan fizikal yang baik.
Terdapat pelbagai jenis muzik yang sesuai yang mana dapat membantu dalam perkembangan pergerakan kanak – kanak. Kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakitkan telinga bayi. Pada kebiasaannya pada peringkat dalam kandungan lagi, para ibu suka mendengarkan muzik instrumental yang lembut kepada bayi mereka dengan melekapkan ‘head phone’ pada perut mereka. Selain itu, para ibu yang beragama Islam akan mendengar kan bacaan ayat – ayat Al – Quran pada bayi mereka.
Selain daripada membantu perkembangan pergerakan kanak – kanak, muzik juga mampu memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Apabila mereka muzik atau satu – satu lagu, kanak – kanak mereka akan memberikan tidak balas. Apabila bayi mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik
Ibu juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Dalam usia enam tahun pertama, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut
Muzik turut memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak dimana ia mampu meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia. Ia juga mampu membantu mereka menghafal dan menajamkan fikiran. Muzik juga merangsang pendengaran dan penglihatan

0 comments: