BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 30, 2010

EKSPLORASI PERGERAKAN

Keadah ini menggalakkn penerokaan untuk kanak – kanak dan kaedah ini seharusnya diguna pakai dalam pendidikan awal kanak – kanak. Apabila kanak – kanak diberi banyak kemungkinan secara pengakhiran terbuka untuk eksplorasi pergerakan, ia akan menghasilkan pelbagai jenis respon. Sebagai contoh, apabila guru meminta kanak – kanak untuk menggerakkan dua bahagian pada tubuh mereka pada satu masa, mungkin ada di antara mereka yang akan mengerakkan kedua belah tangan mereka dan mungkin juga ada yang akan mengerakkan kaki dan tangan mereka. Kaedah ini menggalakkan kanak – kanak untuk mencari cara mereka sendiri dalam menunjukkan respon apabila diutarakan arahan oleh guru mereka. Kanak – kanak hendaklah diberikan kebebasan untuk bereksperimen untuk menyelesaikan masalah tanpa gangguan atau tunjuk ajar daripada guru.

Kaedah ini membolehkan kanak – kanak untuk turut serta dan menunjukkan kejayaan di atas tahap perkembangan dan kebolehan mereka. Selain dapat meningkatkan tahap keyakinan diri mereka, ia juga dapat mendorong kanak – kanak untuk berdikari, bersabar, serta belajar untuk menerima idea dari yang lain – lain. Selain itu, adalah penting untuk kanak – kanak dimana kaedah ini menunjukkan mereka ke arah penemuan yang pelbagai dalam pergerakan manusia.

0 comments: